Monday, April 26, 2010

Latihan hari ini.....

1.Param seorang peniaga alat tulis di pekan Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Beliau membeli 50 rim kertas A4 dengan harga RM9.00 satu rim. Disebabkan beliau membeli pada kuantiti yang banyak, pemborong telah memberinya 15% diskaun.
a)Namakan diskaun yang diterima oleh Param.
b)Hitungkan harga bersih satu rim kertas A4.

2.Cik Najjat membeli 500 biji kek cawan yang berharga RM2.50 sebiji daripada Fadilah Manisan Enterprise. Beliau menerima 15% diskaun niaga. Hitungkan:
a)Nilai diskaun yang diterima.
b)Jumlah yang perlu dibayar oleh Cik Najjat.

3.Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada Perniagaan Adawiyah ZZ.
Harga seunit Diskaun niaga Diskaun tunai
RM5.30 100 - 300 unit ; 10%
301 - 500 unit ; 15%
Melebihi 501 unit ; 20% 10% ; 14 hari
5% ; 15 - 30 hari

Hitungkan harga bersih yang perlu dibayar jika:
a)Pembelian 50 unit secara tunai.
b)Pembelian 270 unit secara tunai.
c)Pembelian 1000 unit dan dibayar dalam tempoh 15 hari daripada tarikh pembelian.

No comments:

Post a Comment