Tuesday, April 13, 2010

LATIHAN MODUL 8

Latih Tubi 1
Modul 8 (Matematik Perniagaan)
Diskaun

1. Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada Perniagaan AAA.
Produk Harga / seunit (RM)
A 7.00
B 8.50

Syarat-syarat pembayaran:
i. Diskaun X : Pembelian 100 – 200 unit ; diskaun 5%
Pembelian 201 unit ke atas ; diskaun 7%
ii. Diskaun Y : 5% ; 7 hari dan 2%; 15 hari

Daripada maklumat di atas:
a) Namakan jenis diskaun X dan diskaun Y.
b) Jumlah diskaun yang diterima jika membuat pembelian produk A sebanyak 220 unit.
c) Jumlah diskaun yang diterima jika membuat pembelian produk B sebanyak 150 unit.
d) Harga bersih yang perlu dibayar jika membuat pembelian produk A sebanyak 200 unit dan bayaran dibuat dalam tempoh 13 hari daripada tarikh invois dikeluarkan.
e) Harga bersih yang perlu dibayar jika membuat pembelian produk B sebanyak 300 unit dan bayaran dibuat dalam tempoh 2 hari daripada tarikh invois dikeluarkan.

2. Anda telah membeli 120 unit kalkulator saintifik daripada Kedai Alatulis Cekap. Setiap satu unit kalkulator berharga RM25.00. berdasarkan sebut harga yang diberikan, anda layak menerima diskaun niaga sebanyak 15% kerana telah membuat pembelian melebihi 100 unit. Anda juga boleh mendapat diskaun tunai 5%, sekiranya embuat pembayaran dalam tempoh 15 hari. Sekiranya anda memenuhi kedua-dua syarat yang telah ditetapkan, hitungkan:
a) Diskaun niaga
b) Diskaun tunai
c) Harga bersih.


1. Cik Zakiah telah membeli sebuah mesin jahit elektronik berharga RM3 500 secara kredit daripada Kedai Elektrik Zaman. Kedai tersebut mengenakan kadar faedah sebanyak 6% setahun. Jika Cik Zakiah telah bersetuju untuk membuat dalam tempoh setahun, kirakan faedah yang dikenakan ke atas beliau.

2. En. Harun bercadang membuat pinjaman peribadi daripada Bank XYZ sebanyak RM15 000 untuk menjalankan perniagaan. Pihak bank mengenakan kadar faedah sebanyak 5% setahun dan tempoh bayaran balik pinjaman adalah 5 tahun. Kirakan faedah yang dikenakan oleh bank kepada En. Harun.

3. Bumi Hijau Enterprise bercadang membeli sebuah mesin fotokopi berharga RM7 200 secara kredit. pihak pembekal mesin fotokopi telah mensyaratkan bahawa pembayaran ansuran mesti dibuat dalam tempoh 36 bulan dengan kadar faedah 8% setahun. Hitungkan bayaran bulanan yang perlu dijelaskan oleh Bumi Hijau Enterprise.

4. Cik Suhana telah membuat simpanan tetap di Bank AAA sebanyak RM10 000. Jika beliau membuat simpanan selama 7 tahun dengan kadar dividen diterima 8% setahun, hitungkan nilai matang simpanan tersebut.

5. Anda bercadang membeli sebuah kereta berharga RM45 000. Pihak syarikat kewangan telah mensyaratkan, kereta tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh 7 tahun dengan kadar faedah 6% setahun. Kirakan bayaran bulanan kereta anda.

6. En. Sofi seorang pelajar di kolej swasta bercadang membeli sebuah komputer riba yang berharga RM4 500 secara ansuran. Faedah yang ditetapkan oleh peniaga ialah 5% setahun dan tempoh bayaran balik adalah 30 bulan. Kirakan bayaran bulanan yang perlu dijelaskan oleh En. Sofi.

No comments:

Post a Comment